Thursday 30 January 2014

Selamat Datang Ke Pusat Dobi Annisa Enterprise

"Selamat Datang Ke Kedai Dobi Annisa Enterprise, 
Muar, Johor"

Motto Perkhidmatan: "Suci, Bersih, Cepat"

Lokasi : No 2, Tmn Sri Temenggung Ahmad, 84000, Muar, Johor. 
Hotline: 017-683 9903 (Hjh Khatijah), 012-222 2846 (Hj Hasbullah)





Perniagaan Kedai Dobi Annisa ini telah beroperasi selama 5 tahun di bandar Muar ini dan alhamdullilah kedai dobi ini adalah antara kedai dobi paling popular di daerah Muar. Ini adalah dengan keberkatan kesabaran kami sekeluarga untuk memajukannya. Dan yang paling utama adalah kerana sokongan yang kami terima daripada pelanggan-pelanggan setia kami yang sentiasa menyokong kami selama ini semenjak kedai dobi ini ditubuhkan. 

Kami disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia kami, teman taulan dan seluruh ahli keluarga kami yang menyokong kami.

Hj Hasbullah di depan kedai dobi annisa.

Antara bungkusan pakaian yang telah siap dibasuh, hanya menunggu untuk diambil oleh pelanggan-pelanggan kami.

Hjh Khatijah (bekas seorang guru sekolah yang sekarang ini telah menjadi seorang usahawan wanita sepenuh masa. Pengorbanan beliau meninggalkan kerjaya cemerlang beliau sekarang ini terbalas jua setelah melihat kejayaan dan kemajuan yang dikecapi oleh kedai beliau). Kepuasan hati dirasai apabila melihat niat murni awal beliau telah pun mendatangkan hasil dan sekaligus dapat menumpukan lebih masa kepada keluarga beliau.


Hj Hasbullah dan Hjh Khatijah -usaha  gabungan suami isteri ini pada 5 tahun yang lepas dengan dimulai kedai dobi annisa, sekarang ini mampu mengusahakan perniagaan-perniagaan yang lain seperti Pusat Tuisyen Teman Sejati, stokis daerah Muar bagi produk Al-Jabbar, Abqori Minda Genius, Shaklee dan juga Akademi Al-Quran Al-Baghdadi.

Dan ini adalah bukti kepada prinsip yang dipegang oleh Hj Hasbullah sendiri berpandukan hadith Nabi Muhamad saw dengan sabdanya..."..9 daripada 10 rezeki yang Allah beri adalah perniagaan.."

Dan sekarang ini perniagaan dobi annisa ini juga telah diusahakan secara bersama dengan anak mereka selaku Pengurus Kedai Dobi Annisa Enterprise.


Maka dari titik situlah perniagaan kedai dobi ini menjadi sebuah perniagaan keluarga kami. 

Pakaian yang telah siap dibasuh dan dibungkus akan diletak dan disusun di rak khas bagi memudahkan penyelanggaraan di kedai dobi ini. 




Anak bujang kami juga membantu di kedai dobi ini.




Pakaian-pakaian yang telah siap dibasuh dan di-iron sebelum dibungkus mengikut nama pelanggan.

Telah siap digantung akan dikepilkan sekali dengan resit/bil pembayaran bagi memudahkan proses merekod.




Tunggak tenaga dan pengusaha utama Kedai Dobi Annisa sekarang ini.


Alatan dan mesin-mesin yang kami gunakan di kedai dobi annisa ini.


Kami terima banyak tempahan mencuci cadar, selimut, karpet, patung-patung dan sebagainya yang sememangnya agak rumit dan sukar untuk mencucinya. Dengan kepakaran kami dalam bidang cucian ini banyak membantu pelanggan-pelanggan kami yang berkehendakkan perkhidmatan sedemikian. Mereka amat berpuas hati dengan khidmat yang kedai dobi annisa berikan selama ini. Kebersihan dan keharuman hasil cucian amat kami titik-beratkan..


Alatan mesin di kedai dobi annisa.





Hjh Khatijah bersama pembantu kedai senior yang banyak membantu kelancaran operasi perniagaan kami ini.



Tilam, cadar, selimut, bantal, karpet dan lain-lain yang telah siap dibasuh.






Pandangan dari lokasi operasi di belakang kedai dobi kami.




Alatan dan mesin yang kami gunakan di kedai dobi annisa.





"Suci, Bersih, Cepat" - adalah perkataan hikmat yang kami pegang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami selama ini.










Setiap cucian akan dibungkus dan dilabelkan dengan nama pelanggan bagi memudahkan proses pengembalian dan penghantaran.




Antara hasil cucian kami yang telah siap untuk diambil oleh pelanggan-pelanggan.



Caj perkhidmatan kami mengikut timbangan.




Salah seorang pelanggan setia kami yang datang ke kedai dobi annisa bagi mengambil hasil cucian dari pejabat kami.





"Ingat Cuci Baju, Ingat Kedai Dobi Annisa" 

insyaAllah....

Di atas adalah senarai perkhidmatan yang terdapat di Kedai Dobi Annisa, Muar. Sila klik imej foto untuk saiz besar!!!

Perkhidmatan lain:-

1) Delivery - Mengambil & Menghantar barang cucian di dalam semua daerah Muar dan kawasan-kawasan sekitarnya.
2) Menanggal, mencuci, memasang langsir ke rumah-rumah.
3) Dan lain-lain perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan kami.
4) Caj perkhidmatan kami adalah sangat berpatutan.

Di atas adalah foto waktu perniagaan kami setiap hari. Sila klik foto untuk imej besar!

Untuk pengetahuan semua, atas permintaan ramai pelanggan-pelanggan kami, sekarang ini kedai dobi kami dibuka pada setiap hari (7 hari seminggu). Dibuka pada 9.00 pagi dan kedai akan ditutup pada pukul 9.00 malam setiap hari. Dan kami berehat seketika pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari bagi urusan solat maghrib.

Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami, silalah  datang terus ke premis perniagaan/ pejabat Dobi Annisa Enterprise seperti di alamat dibawah:-

Lokasi : No 2, Tmn Sri Temenggung Ahmad, 84000, Muar, Johor. 
Hotline: 017-683 9903 (Hjh Khatijah), 012-222 2846 (Hj Hasbullah)

Sekian terima kasih.