Wednesday 29 January 2014

Selamat Datang Ke Blog Dobi Annisa Enterprise





Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pelanggan-pelanggan kami dan juga para pengunjung blog ini. Alhamdullilah akhirnya setelah 5 tahun perniagaan dobi kami ini iaitu Dobi Annisa beroperasi, akhirnya termakbul lah doa kami untuk mengadakan sebuah blog perniagaan bagi mempromosi perniagaan dobi kami ini dan juga perniagaan-perniagaan, perkhidmatan dan juga produk-produk lain yang kami tawarkan.

Matlamat atau objektif kami adalah untuk berkongsi berita terkini dengan para pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami selama ini. Di sini kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua dan setinggi-tinggi penghargaan, tanpa anda semua pasti perniagaan kami ini tidak akan berkembang dan maju seperti hari ini. Terima Kasih.

Untuk pengetahuan semua perniagaan Dobi Annisa Enterprise telah ditubuhkan 5 tahun yang lepas dan ini adalah perniagaan utama kami. Alhamdullilah selama5 tahun ini kami telah berikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang berada di Muar dan kawasan-kawasan berdekatan. Ramai yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Seperti motto perniagaan kami iaitu "Suci, Bersih, Cepat" yang kami amalkan dan pegang selama 5 tahun ini, alhamdullilah perniagaan kami semakin maju dan berkembang.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan kedai dobi kami sila lah datang dan berkunjung kepremis permiagaan kami. Alamat adalah seperti dibawah:-

Alamat :No 2,Taman Sri Temeggung Ahmad, 84000, Muar Johor.
Waktu Perniagaan : 8.00 pagi - 10.00 mlm (Dibuka setiap hari)
Tel : 017-683 9903 (Hjh Khatijah), 012-222 2846 (Hj Hasbullah)

Pada masa yang sama kami juga menjual pelbagai produk terkenal tanahair iaitu Al-Jabbar. Anda boleh dapatkan pelbagai produk Al-Jabar di premis perniagaan kami.

Sila klik untuk ke laman produk-produk Al-Jabbar.






Oleh kerana Puan Hjh Khatijah adalah bekas seorang guru sekolah, maka kami juga ada menyediakan perkhidmatan pembelajaran & pendidikan tuisyen bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sila klik untuk ke laman Pusat Tuisyen Teman Sejati, Muar.








Masih berasaskan produk pembelajaran dan pendidikan, kami juga menyediakan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran Al-Baghdadi.

Sila klik untuk ke laman penerangan Pusat Bimbingan Al-Baghdadi.



Selain itu kami juga adalah stokis daerah bagi produk Abqori Minda Genius. Produk pemakanan tambahan ini sangat sesuai untuk anak-anak dan pelajar-pelajar sekolah yang inginkan kecemerlangan dalam pembelajaran mereka. 

Sila klik untuk ke laman produk ABQORI.



Rangkaian produk kesihatan Shaklee sememangnya telah popular dan dikenali ramai di negara kita. Kami juga adalah pengedar bagi produk-produk Shaklee di daerah Muar ini. Bagi yang berminat untuk menyertai perniagaan rangkaian (network marketing) Shaklee ini sila lah berhubung dengan kami. Selain anda dan keluarga akan menjadi lebih sihat tubuh badan, penrniagaan ini juga menjanjikan pendapatan lumayan setiap bulan. Ramai yang telah berjaya dalam perniagaan ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut sila lah ke laman Shaklee.


Sekian lah sahaja kata-kata pengenalan dan mukadimmah dari kami disini. InsyaAllah kami akan sentiasa mengemaskinikan blog ini dengan info dan foto-foto terkini dari rangkaian perniagaan kami.

Ikhlas dan jutaan terima kasih sekali lagi kepada anda semua yang menyokong kami selama ini.

Wassalam.

Ikhlas,

Perniagaan Dobi Annisa Enterprise
Muar, Johor